Monday, September 18

Berjalan, melihat, mentafsir... Episod 2

Dalam perjalanan pegi Victor Harbor, ada la kitorang singgah kat Goolwa. Goolwa tu pantai, yang sgt luas. Ombak menderu, angin bertiup. Bezanya dengan kat kampung, kat Goolwa xde pokok kelapa ngan xde sampah2...

Byknye buih2 kat pantai tu, memang xterkira. TAPI, buih cuma sekadar buih, xde bagi kesan apa2. Pastu bila datang ombak lain, dtg lagi buih2 lain. Ingat x sabda Nabi, 'akhir zaman nanti umat Islam umpama buih, xterkira byknya. Tapi, xmampu memberi kesan sbb mereka ada penyakit "Wahan". Sahabat2 tanya, apa penyakit "Wahan" tu. Nabi jwb, penyakit tu ialah: Hubbud dunia wa karahatul maut.'

Maksudnya, 'Kasihkan dunia dan takutkan maut.' Check balik, kalau kita ada penyakit tu, maka kita sekadar satu daripada buih2 lautan yang xkan memberi kesan. Buat apa kasihkan sesuatu yg akan kita tinggalkan ( cth: dunia ), baik kita kasihkan sesuatu yg akan kita jumpa balik selepas berpisah sekejap ( cth: isteri solehah ). Kalau yg paling best sekali, kasihkanlah Allah. Kan dalam lagu nasyid 'Mengemis Kasih' ( Raihan ) ada diingatkan kepada kita:

"... Bila selangkah kurapat padaMu,
Seribu langkah Kaurapat padaku..."
( Makna lagu ni diambil drpd hadis qudsi)

Mana nak carik kekasih yg kalau kita rapat kat dia selangkah, dia rapat balik seribu langkah? Mana nak carik kekasih yg kalau kita datang kat dia sejengkal, dia datang kat kita sehasta?
Kalau kita datang kat dia berjalan, dia datang kat kita berlari?

Fikir2kanlah...

Bersambung...

2 comments:

ihsan_huhu said...

ooo..korg mandi x kat situ? kokel?

Khairul Azmi said...

xmandi kat situ, sejuk sgt. Penguin pun leh mati kat situ...( bangkai seekor penguin telah ditemui oleh Chop ). Tu nak tunjukkan keadaan kat situ ekstrim, even utk haiwan cam penguin tu.