Showing posts with label Melihat Alam. Show all posts
Showing posts with label Melihat Alam. Show all posts

Tuesday, October 14

Mari Terbang Bersama Burung


Dr. Maziar Arjomandi berkata,

(terjemahan)

"... lebah tak boleh terbang. Berdasarkan pengetahuan terkini tentang teori penerbangan, aerodinamik, dan sebagainya, kita masih tidak boleh menjelaskan mekanisma penerbangan seekor lebah..."

"...lebah memerlukan tiga kali ganda daya yang mampu untuk dihasilkannya untuk terbang. Dengan kata lain, lebah boleh menghasilkan satu unit daya, sedangkan lebah perlukan 3 unit daya untuk terbang..."

"...begitu juga dengan burung. Saintis boleh menjelaskan, walaupun secara tidak lengkap, bagaimana burung yang besar boleh terbang. Tapi, untuk burung-burung yang kecil, saintis masih tertanya-tanya, bagaimana alam membolehkan perkara ini terjadi..."

(Dr. Maziar adalah pensyarah 'Aeronautical Engineering', salah satu subjek yang ditawarkan dalam Pengajian Kejuruteraan Mekanikal di Universiti Adelaide)

Subhanallah! Masih gagalkah manusia yang Allah Taala berikan akal kepada mereka untuk menyedari kehebatan-Nya.

Telah Allah jelaskan di dalam al-Quran, melaui Rasulallah s.a.w. yang kita cintai;

"Tidakkah mereka memerhatikan burung-burung yang mengembangkan dan mengatupkan sayap di atas mereka? Tidak ada yang menahannya (di udara) melainkan selain yang Maha Pengasih. Sungguh, Dia Maha Melihat tiap-tiap sesuatu." (Al-Mulk 67:19)

Sahabat-sahabat pembaca sekalian, lihatlah. Inilah bukti wujudnya Allah Taala. Inilah kebijaksanaan Allah yang tidak ada tolok bandingnya. Sahutlah seruan Allah untuk melihat alam dan mencari kesan/bukti kekuasaan Allah Taala.

Sebenarnya, terlalu banyak kesan-kesan kekuasaan Allah yang Allah tunjukkan kepada kita. Bagi mereka yang mempelajari subjek-subjek kejuruteraan, perubatan, bioteknologi, geologi, dan segala macam cabang pengetahuan sains, mestilah sungguh-sungguh mencari Allah dalam apa-apa yang dipelajarinya. Jangan kita sia-siakan pemerhatian kita kepada alam. Seharusnya, apabila kita melihat alam, kita 'melihat' Allah Taala.

Tak perlulah sampai kita nampak lebah terbang dalam formasi 'Allah', atau dahan-dahan pokok tumbuh dalam bentuk 'Muhammad', atau lebah buat sarang dalam bentuk 'Allah', barulah kita nak nampak kebesaran Allah.

"Ya Allah, jadikanlah kami orang yang peka dengan kekuasaan-Mu, jadikan bukti kekuasaan-Mu yang terlihat dalam makhluk ciptaan-Mu, penguat keimanan kami. Ya Allah yang maha pemberi hidayah, berikan hidayah kepada kami agar kami sentiasa mengingati-Mu dan beramal soleh kepada-Mu. Ya Allah kami berterima kasih kepada-Mu atas petunjuk yang kau berikan kepada kami. Amin."




Monday, July 21

Manusia Berjiwa Kambing

Saya pernah berbincang dengan seorang kawan tentang mengembala kambing. Saya ingin mencari hikmah yang dapat dipelajari melalui profession ini. Rasulallah s.a.w. juga mengembala kambing.

Maka, si dia pun berceritalah...

"Kambing ni susah nak jaga. Kalau aku boleh bela anjing, aku dah bela dah. Senang sikit kerja aku..."

"Perkara yang paling susah tentang kambing ni ialah nak bawa 'diorang' pergi ke tempat makanan..."

"Kita kena jaga kambing yang mula-mula berjalan. Kalau yang mula-mula berjalan tu 'terpesong', habislah... Yang mengekor di belakang pun akan terpesong juga..."

"Kalau dah terpesong, kita kena carik 'leader' baru di kalangan kambing. Kita sekat kambing yang di tengah kumpulan dan jadikan dia 'leader' yang baru. Pimpin 'leader' baru ni ke tempat yang betul..."

Jadi, apa yang dapat kita pelajari, ye?

Friday, October 19

Pelajar Kejuruteraan dan Stress

Pendahuluan

Ketika pulang daripada kelas Stress Analysis, tiga orang pelajar kejuruteraan berborak-borak tentang subjek yang baru mereka pelajari. Mereka baru sahaja menghabiskan subtopik Fatigue Failure Under Cyclic Stress (Kegagalan Kelesuan Akibat Tekanan yang Berkitaran???).

Terjemahan di atas bukanlah terjemahan yang formal dalam Bahasa Melayu. Mungkin terjemahan tersebut tidak memberikan kefahaman yang tepat tentang apa-apa yang dibincangkan dalam topik tersebut. Boleh jadi, terjemahan tersebut boleh diaplikasikan dalam bidang selain daripada kejuruteraan.

Berikut adalah sinopsis perbincangan mereka.

Perbicangan Lanjutan

"Weh, Apac (bukan nama sebenar atau ringkasnya, b.n.s), masa belajar tadi aku terpikir benda lain le..." kata Amzi (b.n.s).

"Apa dia? Makan? Dah lapaq sangat la tu," jawab Apac.

"Biarla dia abis cakap dulu," tegur Amap (b.n.s).

"Apa dia? Cakaplah," sambung Amap.

"Takda, mengikut apa yang diterangkan oleh Dr. Anidre (b.n.s), kalau satu 'shaft' dikenakan stress secara berulang-ulang, shaft tu akan patah, walaupun kekuatan stress tu jauh di bawah tahap yang boleh mematahkannya. Misalnya, kalau nak patahkan shaft tu dengan sekali pukul kita perlukan 100kg beban. Tapi, kita boleh patahkan shaft tu dengan 10kg kekuatan pukulan, tapi perlu dipukul sebanyak 10,000 kali," terang Amzi panjang lebar. Walaupun panjang lebar sebegitu, mudah saja difahami oleh Apac dan Amap.

"Betul la camtu. Apa masalahnya?" tanya Amap.

"Cuba ko bandingkan besi dengan manusia. Ada manusia yang hatinya berubah dengan sekali 'hentam'. Tapi, ada yang berubah dengan cara yang lebih lembut dari itu, tapi memerlukan usaha yang istiqamah."

"Lagi, dari sudut emosi pula, ada manusia yang gagal bertahan dengan tekanan yang kuat, tetapi dia boleh gagal kalau dikenakan tekanan yang sedikit, tapi berulang-ulang kali. Aku rasa, makhluk ni sifatnya sama. Besi, batang besi, manusia, dan perkara-perkara lain dalam alam ni. Semuanya memiliki persamaan. Semuanya makhluk," jelas Amzi.

"Fuh.... Aku suka cara hang pikiaq," kata Apac sambil memetik jarinya.

"Lagi, ada beza antara emosi manusia yang biasa dengan manusia yang ada ikatan dengan Allah. Hadis nabi, semua perkara yang berlaku kepada orang mukmin adalah baik. Kalau ditimpa musibah dia bersabar, kalau dia mendapat nikmat dia bersyukur. Jadi, aku rasa manusia akan diangkat darjatnya, kalau dia bersabar dengan musibah dan redha dengan cubaan Allah, kecil atau besar cubaan itu, sekali atau berulang-ulang," jelas Amzi lagi. Dia kelihatan puas hati.

"Betul tu.... Oklah, kita dah nak sampai kedai makan ni. Ko nak makan apa, Apac? soal Amap.

"Ntah, Amzi nak blanja aku..." jawab Apac.

"Alamak, aku tak bawak 'cash' la. Takpelah, aku blanja ko, tapi ko bayarkan dulu... Hehe..."

"Hehehe, bijak..." Apac ketawa, menyangka Amzi cuba melawak. TAPI, Amzi tidak melawak!!!

Penutup

Mungkin kisah di atas sukar untuk difahami oleh sesetengah pembaca. Berikut adalah beberapa pengajaran yang boleh diambil:

1. Manusia akan berubah dengan hikmah. Bersabar dalam berdakwah.

2. Makhluk adalah makhluk yang biasa andai tiada ikatan hati dengan Allah.

Moga diberi kekuatan.

Monday, March 5

Belajar Tentang Bahan, Belajar Tentang Tuhan

Intro

Semua orang sedang belajar. Ada yang belajar Matematik, Sains, Fizik, Usuluddin, Feqah dan sebagainya. Tuntut ilmu ibadah. Ibadah pula tujuan jin dan manusia diciptakan. Manusia dan jin tidak diciptakan sia-sia dan bukan untuk main-main.

Dunia pula tempat tinggal manusia. Singkat, dan sementara. Tidak kekal. Semua itu sifat dunia. Boleh juga dikatakan dunia ini hina. Dunia ini sehina bangkai kambing. Rugi amat kalau mengejarnya.

Isi

Minggu lepas, saya belajar tentang bahan (Materials and Manufacturing). Antara perkara menarik yang baru saya tahu ialah semua bahan tidak kira dalam bentuk apa sekalipun (besi, polimer, dan komposit) tidak mungkin wujud 100% asli dan mesti ada kecacatan. MESTI ada kecacatan.

Terus terfikir sehingga begitu sekali Allah hendak membuktikan Dia ada. Dia menunjukkan tidak ada sesuatu pun yang sempurna di dunia. Sehingga begitu sekali Dia memberi petunjuk kepada manusia. Benarlah dia Maha Penyayang. Dia tidak meninggalkan hambanya di dunia tanpa diberi sebarang bukti dan petunjuk.

Oleh kerana itu, marilah kita mengaitkan apa-apa yang kita pelajari kepada Allah kerana Dia tidak hina. Allah tidak seperti dunia yang hina. Amat murah usaha kita kalau kita hanya fikir sepenuhnya untuk dunia. Kaitkan apa-apa yang kita pelajari dengan Allah. Dengan itu, usaha itu akan lebih bermakna.

Kesimpulan

1. Kaitkan ilmu yang kita pelajari dengan kekuasaan Allah.
2. Jangan lakukan sesuatu perkara kerana dunia.


Moga diberi kekuatan.

Saturday, September 30

Berjalan, Melihat, Mentafsir... Episod Akhir



Alhamdulillah... Sampai juga di Victor Harbor. Dalam perjalanan ke sini, kru pengembaraan lalu kat sebelah padang ragut yang teramat luasnya. Nampaklah kambing-kambing yang meragut rumput kat situ. Rasulallah pernah menyelesaikan perbalahan orang yang merebut padang ragut ketika masih muda. Kambing-kambing yang makan tak de pun gaduh-gaduh. Orang yang jaga kambing pulak yang bertelagah. Pelik jugak manusia nih...

Kat Victor Harbor tu, ana naik kat tempat yang tinggi. Nampaklah laut yang terbentang luas. Biru. Lembut. Menyejukkan mata, menenangkan hati.

"Dan bumi kami bentangkan, maka (Kamilah) sebaik-baik yang membentangkan." (Surah Az-Zariayat;51:48)

Di hadapan air yang meluas tu, teringat pula kisah Nabi Nuh dan kaum yang mendustakannya (Surah Hud;11: Ayat 25 - Ayat 49). Mereka dibinasakan oleh air yang sama; air yang menyejukan mata di hadapan ana hari ni, adalah air yang sama di bumi dahulu, yang membinasakan orang yang ingkar kepada Allah. ( Ya Allah, jauhkanlah aku daripada mati atau hidup dalam jahiliah. Sesungguhnya agama yang diterima disisiMu hanyalah Islam)

Tunggu punya tunggu, ana tak nampak pun penguin yang ana tunggu nak tengok. Burung camar banyak lah. Best pulak tengok burung-burung camar tu. Macam terapung-apung kat udara. Sayapnya yang aerofoil, tulangnya yang berongga, kuat tapi ringan, dan beberapa lagi ciri membolehkannya terbang dan meluncur di udara. Tapi, sebagai seorang muslim, kita perlu sedar, itulah sunnahtullah ( ketetapan atau paten Allah). Yang memenuhi ciri-ciri yang Allah tetapkan akan terbang dengan izin Allah. Telah Allah nyatakan dalam Surah Al-Mulk, Ayat 19:

"Tidakkah mereka melihat burung-burung di atas mereka, yang mengembangkan sayapnya dan mengatupkanya? Tiadalah yang menahannya ( di udara ), melainkan Ar-Rahman. Sungguh Dia maha melihat tiap-tiap sesuatu."

Best jadi seorang muslim. Semua perkara dilihatnya berada di bawah bayangan Allah yang maha berkuasa atas tiap-tiap sesuatu.

Tiada yang memisahkan alam dengan kuasa Allah. Jangan salah faham dengan sains. Sains hanya menerangkan sezarah daripada ilmu Allah. Ingat, tanpa mematuhi hukum sains pun Allah dapat menjadikan sesuatu.

Berjalan dan bermusafirlah, kalau ada masa. Ambil pengajaran daripada alam. Lihatlah kekuasaan Allah. :)

Monday, September 18

Berjalan, melihat, mentafsir... Episod 2

Dalam perjalanan pegi Victor Harbor, ada la kitorang singgah kat Goolwa. Goolwa tu pantai, yang sgt luas. Ombak menderu, angin bertiup. Bezanya dengan kat kampung, kat Goolwa xde pokok kelapa ngan xde sampah2...

Byknye buih2 kat pantai tu, memang xterkira. TAPI, buih cuma sekadar buih, xde bagi kesan apa2. Pastu bila datang ombak lain, dtg lagi buih2 lain. Ingat x sabda Nabi, 'akhir zaman nanti umat Islam umpama buih, xterkira byknya. Tapi, xmampu memberi kesan sbb mereka ada penyakit "Wahan". Sahabat2 tanya, apa penyakit "Wahan" tu. Nabi jwb, penyakit tu ialah: Hubbud dunia wa karahatul maut.'

Maksudnya, 'Kasihkan dunia dan takutkan maut.' Check balik, kalau kita ada penyakit tu, maka kita sekadar satu daripada buih2 lautan yang xkan memberi kesan. Buat apa kasihkan sesuatu yg akan kita tinggalkan ( cth: dunia ), baik kita kasihkan sesuatu yg akan kita jumpa balik selepas berpisah sekejap ( cth: isteri solehah ). Kalau yg paling best sekali, kasihkanlah Allah. Kan dalam lagu nasyid 'Mengemis Kasih' ( Raihan ) ada diingatkan kepada kita:

"... Bila selangkah kurapat padaMu,
Seribu langkah Kaurapat padaku..."
( Makna lagu ni diambil drpd hadis qudsi)

Mana nak carik kekasih yg kalau kita rapat kat dia selangkah, dia rapat balik seribu langkah? Mana nak carik kekasih yg kalau kita datang kat dia sejengkal, dia datang kat kita sehasta?
Kalau kita datang kat dia berjalan, dia datang kat kita berlari?

Fikir2kanlah...

Bersambung...

Wednesday, August 23

Berjalan, melihat, mentafsir...
















Teringat masa minggu ketiga kat Adelaide... Time tu jalan2 ngan Alip, Fawaz, & senior2 Adelaide Uni. Kitorang pun mengembaralah pegi Victor Harbor. Seronok jugak pegi bejalan ramai2.

Kami berenti rehat utk sembyg Zuhur dan makan2 kan Myponga. Bestnye sembayang Zuhur kat situ. Kalau ada masa, try2 le sembyg beratapkan langit... Kalau kat Village ( asrama penulis ), tak best pulak nak sembyg kat luar rumah. Org pandang pelik.

Pastu, perjalanan diteruskan. Masa lalu kat satu tempat tu, pemandangan indah betul. Bagi org yg minatnye tangkap gambar, lalu kat situ adalah antara perkara paling best kat dunia. Penulis sendiri amik seberapa byk gambo yg boleh. Kenang-kenangan katakan.

Indah sungguh ciptaan Tuhan. Pelik kalau ada org kata menda2 seindah tu bleh terjadi ngan sendiri. Pastu diorang kata diorang ikut logik. Penulis pun pening... Nape orang boleh pikir camtu. Kalau istana pasir kat tepi pantai pun kene ada orang yg bentukkan, inikan pulak bukit2 yg menjadi pasak kat bumi ni.

Tentang bukit2 yg menjadi pasak bumi pulak, menurut Gareth ( pensyarah di Adelaide Uni ), medan graviti bumi tak 'uniform' sbb ketumpatan bumi tak 'uniform' juga. Sbb graviti akan jadik lebih kuat kalau jisim sesuatu tempat tu besar, objek2 kat atas kerak bumi akan tertarik kat gunung2, bukit2, dan tanah2 tinggi, sbb tempat tu jisim dia besar. Jadi, tempat2 tu menentukan kestabilan keadaan kat muka bumi. Penting tanah2 tinggi ni.

Dalam Quran ada sebut gunung2 pasak bumi. Fikirkan, sebelum Hukum Graviti Newton ( hukum yg mengaitkan hasil darab jisim objek A dgn objek B dengan daya graviti ) dijumpai, Nabi Muhammad dah tau dah gunung-ganang tu penting. Oleh itu, kalau jadik 'orang besar' satu hari nanti, fikir dulu kalau nak buat sesuatu.

Bersambung...