Saturday, September 30

Berjalan, Melihat, Mentafsir... Episod Akhir



Alhamdulillah... Sampai juga di Victor Harbor. Dalam perjalanan ke sini, kru pengembaraan lalu kat sebelah padang ragut yang teramat luasnya. Nampaklah kambing-kambing yang meragut rumput kat situ. Rasulallah pernah menyelesaikan perbalahan orang yang merebut padang ragut ketika masih muda. Kambing-kambing yang makan tak de pun gaduh-gaduh. Orang yang jaga kambing pulak yang bertelagah. Pelik jugak manusia nih...

Kat Victor Harbor tu, ana naik kat tempat yang tinggi. Nampaklah laut yang terbentang luas. Biru. Lembut. Menyejukkan mata, menenangkan hati.

"Dan bumi kami bentangkan, maka (Kamilah) sebaik-baik yang membentangkan." (Surah Az-Zariayat;51:48)

Di hadapan air yang meluas tu, teringat pula kisah Nabi Nuh dan kaum yang mendustakannya (Surah Hud;11: Ayat 25 - Ayat 49). Mereka dibinasakan oleh air yang sama; air yang menyejukan mata di hadapan ana hari ni, adalah air yang sama di bumi dahulu, yang membinasakan orang yang ingkar kepada Allah. ( Ya Allah, jauhkanlah aku daripada mati atau hidup dalam jahiliah. Sesungguhnya agama yang diterima disisiMu hanyalah Islam)

Tunggu punya tunggu, ana tak nampak pun penguin yang ana tunggu nak tengok. Burung camar banyak lah. Best pulak tengok burung-burung camar tu. Macam terapung-apung kat udara. Sayapnya yang aerofoil, tulangnya yang berongga, kuat tapi ringan, dan beberapa lagi ciri membolehkannya terbang dan meluncur di udara. Tapi, sebagai seorang muslim, kita perlu sedar, itulah sunnahtullah ( ketetapan atau paten Allah). Yang memenuhi ciri-ciri yang Allah tetapkan akan terbang dengan izin Allah. Telah Allah nyatakan dalam Surah Al-Mulk, Ayat 19:

"Tidakkah mereka melihat burung-burung di atas mereka, yang mengembangkan sayapnya dan mengatupkanya? Tiadalah yang menahannya ( di udara ), melainkan Ar-Rahman. Sungguh Dia maha melihat tiap-tiap sesuatu."

Best jadi seorang muslim. Semua perkara dilihatnya berada di bawah bayangan Allah yang maha berkuasa atas tiap-tiap sesuatu.

Tiada yang memisahkan alam dengan kuasa Allah. Jangan salah faham dengan sains. Sains hanya menerangkan sezarah daripada ilmu Allah. Ingat, tanpa mematuhi hukum sains pun Allah dapat menjadikan sesuatu.

Berjalan dan bermusafirlah, kalau ada masa. Ambil pengajaran daripada alam. Lihatlah kekuasaan Allah. :)

Wednesday, September 27

Jimi, Sultan, dan analogi Syukur...

Suatu masa dahulu, ada sorang lelaki faqir dan sebatang kara bernama Jimi bekerja sebagai seorang Driv3r kepada Sultan Ihsan III.

Pada hujung minggu, Sultan akan menyuruh Jimi membawanya berjalan-jalan di negeri jajahan takluknya dengan menaiki kereta peribadi Sultan, Porche Carrera GT. (Sangat mahal keta nih... )

Accidentally, kereta tu terbabas masuk ke dalam tasik.

Situasi 1.
Jimi menyelamatkat Sultan. Sultan amat berbesar hati, lalu menaikkan darjatnya dan memberi kurnia kepadanya.

Situasi 2.
Sultan menyelamatkan Jimi... ( What??? )

Untuk Situasi 2, apa yang Jimi boleh buat untuk membalas jasa Sultan? Dahla faqir sebatang kara pulak... Apa yang Jimi boleh bagi kepada Sultan? Harta? Pangkat?

Itulah analogi kita dengan Allah. Tiap-tiap hari Allah selamatkan nyawa kita. Beri kita udara, ilmu, rezeki, dll. Kita patut rasa cemane yang dirasa oleh Jimi. Dahlah kita xde balas apa-apa, pastu Allah terus-terusan je bagi. Kita buat dosa pun Allah bagi, kita bersyukur, lagi Allah tambah.

Kita kene selalu ingat nikmat yang Allah kurnia kan kepada kita, seperti yang diterangkan dalam Surah Al-Baqarah, Ayat 40,

"Hai Bani Israil, ingatlah akan nikmatKu yang telah Kuanugerahkan kepadamu; dan sempurnakanlah janjiKu ( perintahKu), nescaya Kusempurnakan janjiKu untukmu dan hanya kepadaKu hendaklah kamu takut."

Sekian, wallahu a'lam.

Sunday, September 24

Kenapa aku kat sini?

Satu masa dulu, dalam tahun lepas, ana pernah tanya kat member ana ( Kristian ) ,

"Apa tujuan kita hidup? Kenapa kita ada kat dunia ni?"

Dia jawab, " Of course la nak hidup... Cari duit... Why u ask me like dat?"

"Oh sesaje...", ana balas.

Itu adalah salah satu jawapan daripada orang yang jiwanya terikat dengan harta. Kalau orang lain, mungkin dia kata tujuan dia hidup untuk seronok-seronok, atau sebagainya.

Tetapi, sebagai orang Islam perlu kita tahu tujuan hidup kita ialah mencari keredhaan Allah. Segala perkara yang kita lakukan hanyalah untuk mencari keredhaan Allah. Dan Allah tak jadikan kita hidup di dunia ni saja-saja dan sia-sia. Seperti yang tertulis dalam Surah Al-Mulk, Ayat 2, yang bermaksud:

"( Allah ) Yang menciptakan mati dan hidup, untuk menguji kamu siapakah yang lebih baik amalannya. Dan dia Maha Perkasa, Maha Pengampun."

Ha, itu dia tujuan kita hidup dan selepas tu kita mati! Hidup ni macam sebuah ujian, untuk determine, sapa best student. Tapi, kita dah tau, sapa manusia terbaik, dan dah tau sapa yang top ten selepas tuh ( seploh sahabat yang dijamin syurga ). Kemudian, Rasulallah dah bersabda, yang maksudnya menyatakan golongan terbaik ialah sahabat, kemudian golongan selepasnya iaitu tabi'in, kemudian tabi' tabi'in. Cemane kita nak jadi golongan yang lulus i.e. ashabul yamin?

Sebab kita golongan yang selalu buat silap ( ana terutamannya ), kita kena tahu, apa-apa jenis kesilapan yang perlu kita jauhkan. Seperti yang disarankan dalam Surah Ali Imran, Ayat 137, yang bermaksud:

" Sungguh, telah berlalu sebelum kamu sunah-sunah* (Allah), kerana itu berjalanlah kamu ke (segenap pelusuk) bumi dan perhatikanlah bagaimana kesudahan orang yang mendustakan (rasul-rasul)."

*yang dimaksudkan dengan sunah Allah di sini ialah hukuman-hukuman Allah yang berupa malapetaka, bencana yang ditimpakan kepada orang-orang yang mendustakan rasul.

Banyak yang dapat kita lihat hari ni, tentang kemusnahan-kemusnahan kaum-kaum yang mendustakan Allah. Kaum Tsamud, yang megah dengan bangunan-bangunan mereka yang ditebuk daripada bukit-bukit batu, dihukum Allah kerana mendustakan Nabi Salleh. Kaum Nabi Nuh, dilenyapkan dalam banjir yang meneggelamkan dan menghancurkan mereka yang tidak beriman. Dapat kita lihat bangunan peninggalan Kaum Tsamud dan tapak bahtera Nabi Nuh. Kesilapan mereka ialah berkali-kali menolak peringatan yang dibawa oleh Nabi mereka.

Apa yang kita leh ambik pengajaran, secara ringkas, ikut Rasullah s.a.w.

Sampai sini dulu entry kali ni. Moga-moga mengambil pengajaran.




Monday, September 18

Berjalan, melihat, mentafsir... Episod 2

Dalam perjalanan pegi Victor Harbor, ada la kitorang singgah kat Goolwa. Goolwa tu pantai, yang sgt luas. Ombak menderu, angin bertiup. Bezanya dengan kat kampung, kat Goolwa xde pokok kelapa ngan xde sampah2...

Byknye buih2 kat pantai tu, memang xterkira. TAPI, buih cuma sekadar buih, xde bagi kesan apa2. Pastu bila datang ombak lain, dtg lagi buih2 lain. Ingat x sabda Nabi, 'akhir zaman nanti umat Islam umpama buih, xterkira byknya. Tapi, xmampu memberi kesan sbb mereka ada penyakit "Wahan". Sahabat2 tanya, apa penyakit "Wahan" tu. Nabi jwb, penyakit tu ialah: Hubbud dunia wa karahatul maut.'

Maksudnya, 'Kasihkan dunia dan takutkan maut.' Check balik, kalau kita ada penyakit tu, maka kita sekadar satu daripada buih2 lautan yang xkan memberi kesan. Buat apa kasihkan sesuatu yg akan kita tinggalkan ( cth: dunia ), baik kita kasihkan sesuatu yg akan kita jumpa balik selepas berpisah sekejap ( cth: isteri solehah ). Kalau yg paling best sekali, kasihkanlah Allah. Kan dalam lagu nasyid 'Mengemis Kasih' ( Raihan ) ada diingatkan kepada kita:

"... Bila selangkah kurapat padaMu,
Seribu langkah Kaurapat padaku..."
( Makna lagu ni diambil drpd hadis qudsi)

Mana nak carik kekasih yg kalau kita rapat kat dia selangkah, dia rapat balik seribu langkah? Mana nak carik kekasih yg kalau kita datang kat dia sejengkal, dia datang kat kita sehasta?
Kalau kita datang kat dia berjalan, dia datang kat kita berlari?

Fikir2kanlah...

Bersambung...

Dah lama x update...

Assalamualaikum w.b.t.

Maaf wahai para pembaca. Ada masalah dengan komputer ana, so, ana ada masalah nak update blog.