Sunday, May 6

Terima kasih

Banyak komen yang diberikan oleh pembaca untuk entry sebelum ni. Yang baik itu saya ambil sebagai nasihat. Terima kasih.

Sebelum saya menulis untuk entry-entry seterusnya, suka untuk saya sampaikan di sini, saya menulis bukan untuk meluahkan perasaan apatah lagi hendak menyampaikan mesej-mesej rahsia. Walaupun saya akui saya memang meminati cerita-cerita seperti Da Vinci Code, Indiana Jones, Ninjaboy dan The Last Messenger, tetapi minat itu hanya terbatas kepada movie sahaja. Apa-apa yang saya tulis, itulah yang saya hendak sampaikan. Dengan kata lain, ambil yang tersurat sahaja.

Kepada yang terasa tulisan ini ditujukan khusus untuk dirinya, baguslah. Ada juga yang mengambil pengajaran. TAPI, tujuan asal saya menulis bukan untuk individu khusus. Saya menulis supaya tulisan saya dapat diambil pengajaran oleh semua pembaca. Saya tak pandai nak bersyarah, jadi saya cuba sampaikan idea dengan menulis.

Maaf kalau terkasar bahasa. Maaf kalau tidak bersopan. Saya manusia banyak kelemahan. Terima kasih atas nasihat. Moga saya dapat meningkatkan mutu penulisan saya pada entry-entry yang akan datang.


P/s: Kepada saudara sakaratul maut, manis nama tu. Terpaku orang mendengarnya :).

3 comments:

BooK said...

tulis tetap tulis
kata aku

isuzu_aizu said...

lek2 je bro. kadang2 sampai satu masa kita kna fikirkan kita hidup untuk siapa je. buat sesuatu untuk siapa. pandangan Allah tu yang paling utama kan. do whatever to please Allah. insyaAllah yang lain tu Allah jaga =)

ihsan_huhu said...

sama2..