Sunday, November 18

Ketenangan Hati dalam Menangani Konflik

Intro

Secara jujurnya, darah muda ini memang mudah mendidih. Hati muda memang senang panas. Oleh sebab itu, tanpa ketenangan, orang muda akan yang tidak terdidik hatinya akan buat keputusan yang merapu. Tatkala hati tengah panas, lain yang diputuskannya. Ketika dah sejuk, eh, lain pulak katanya! Mungkin 'intro' ini tak berapa berkaitan dengan isi yang akan ditulis, tapi masih ada pengajaran yang boleh diambil. "Orang muda! Fikir masak-masak dan tenangkan diri sebelum bertindak!"

Richard Dawkins: Apa yang dia tulis?

Baru-baru ini saya membeli salah satu buku tulisan Richard Dawkins, The God Delusion. Mula-mula, tak ingin nak membeli tulisan seorang yang tidak percaya kewujudan tuhan. Terlintas dalam hati, buku-buku tulisan ilmuan Islam masih banyak yang belum ditelaah. Berbaloikah membeli buku yang ditulis orang yang memusuhi agama ini? Lantas, seorang rakan mengingatkan bahawa semua ilmu itu adalah ilmu Islam. Sama ada ilmu itu bermanfaat atau tidak, itu bergantung kepada bagaimana kita menggunakannya. Lantas, saya pun beli buku itu tanpa ragu-ragu lagi.

Tatkala saya menulis, saya sudah menghabiskan 2 bab pertama buku tersebut - bab pendahuluan dan bab pertama. Dalam bab pendahuluan, Dawkins menuliskan kisah yang berlaku pada isterinya.

Ketika kecil, isterinya bersekolah rendah di sebuah sekolah yang tidak dihuraikan dalam pendahuluan tersebut. Dia tidak suka bersekolah di sekolah tersebut. Akhirnya, berlaku konflik antara dia dengan ibu bapanya. Apabila dewasa, dia ditanya, "Mengapa dia tidak berpindah daripada sekolah tersebut?" Dia menjawab, "Dia tidak tahu dia boleh berbuat demikian!"

Dawkins mengaitkan perkara ini dengan mereka yang telah diasuh dalam keluarga yang beragama dan tidak tahu bahawa mereka boleh keluar daripada agama mereka jika mereka rasa tidak selesa beragama. Dia menulis, jangan risau jika takut tidak bahagia menjadi orang yang tidak beragama. Dia kata dia bahagia dengan tidak beragama. Dia boleh jadi orang yang bermoral walaupun tidak menganut apa-apa agama.

Whateverlah Dawkins!

Seterusnya, dalam bab kedua, Dawkins menyatakan idea yang dia akan 'kondem' dan idea yang dia 'promote' sepanjang tulisannya dalam buku tersebut. Dia tidak percaya bahawa wujudnya satu kuasa yang lebih hebat daripada kuasa manusia yang mencipta alam yang serba kompleks ini manakala dia percaya sungguh-sungguh bahawa sesuatu yang kompleks dan 'superhuman' akan wujud di penghujung evolusi.

Teori Evolusi lagi!

Apa yang perlu kita faham?

Pertama sekali, berhati-hati ketika membaca buku-buku yang 'menyerang' akidah dan hati. Takut-takut kita mudah percaya dan tidak rajin menyelidik. Saya teringat cerita yang kawan saya kongsi berkenaan dengan pengharaman kerajaan Malaysia terhadap beberapa buku. Dia berkata, memang patut kerajaan buat begitu. Tengok saja mesej yang mengatakan friendster akan tutup, berapa ramai yang gelabah dan 'forward' mesej itu tak tentu hala. Cuba bayangkan kalau buku yang menyebarkan idea yang lebih 'gelabah' daripada itu seperti 'Umat Islam tidak patut menjadikan al-Quran sumber dominan tanpa kompromi' disebarkan? Huru-hara umat Malaysia jadinya!

Paling mudah, kalau nak baca buku-buku tersebut, cari seorang mentor yang mampu menerangkan andaikata keraguan muncul dalam hati. Kalau yang berusrah tu, bincang-bincanglah dengan naqib. Tapi, hati-hati juga! Takut-takut naqib itu pun jadi ragu-ragu macam kita juga! Parah!

Ketika membaca buku tersebut, kita akan dapat rasa banyak konflik akan timbul dalam diri. Banyak kutukan-kutukan yang dilemparkan terhadap agama. Saya sendiri rasa marah apabila Islam disamakan dengan pertumpahan darah dan keganasan. Darah muda mendidih! Tapi, saya tenangkan hati. Marah itu fitrah. Tindakan berdasarkan marah itu syaitan. Inilah perkara terakhir yang saya nak kongsi. Jangan bertindak berdasarkan marah.

Lihat saja tindakan Rasulallah yang menghalang Umar r.a. mengambil tindakan terhadap orang Yahudi yang menuntut hutang lebih awal daripada waktu yang ditetapkan dan bertindak kasar terhadap Rasulallah. Dengan kata lain, marahlah kalau nak marah jika Islam itu dicela. Tapi, kalau nak bertindak, fikir dulu.

Saya juga hendak berkongsi nasihat Ali r.a. kepada seorang bukan Islam yang bertanya, "Kau sibuk bersedia untuk akhirat yang kau tak tahu, wujud atau tidak. Lihat aku. Menikmati dunia dengan enaknya." Ali r.a. menjawab, "Andakata akhirat itu wujud, aku dah bersedia dan aku tidak rugi. Kalau akhirat itu tak wujud, aku akan jadi tanah sahaja. Lihatlah engkau, kalau kau tak bersedia, dan akhirat itu wujud, kau akan diseksa. Perhatikan, siapa yang sedang rugi sekarang!"


Kesimpulan

Cari sendiri! :)

P/s: Kepada peminat siri Dua Hati, siri tersebut terpaksa ditangguhkan. Saya tengah 'bercuti' di Melbourne dan draft tertinggal di Adelaide.

5 comments:

ihsan_huhu said...

cis.. aku kesangapan menunggu siri yg seterusnya

sambil penulis berpoya2 bersama watak heroin siri tersebut..


HAHAhAHAHAHHAHAH

Khairul Azmi said...

Alamak...

Mana ada berpoya-poya. Orang carik rezeki neh....

Tinta Penaku said...

salam. Tindakan azmi membeli buku2 macam tu mmg tak salah, malah selagi iman kita teguh insyaAllah tk ada mslh, sbb kdg2 dengan membaca artikel yg ditulis oleh pihak kristian/yahudi dpt menguji seteguh mna kefahaman kita stkt ini ttg agama yg kita anuti iaitu Islam. Dlm konteks lain, kita juga perlu mendlmi agama lain e.g. mengkaji kitab bible dan cuba membandingkan serta mengeksplorasi perbedaan dan persamaan yg terdpt dlm kedua2 kitab.Dan sudah pasti, Al-quran sj yg dpt merungkaikan sgla permslhan hidup.

Berhubung ttg analogi yg digunakan oleh Dawkins, kita jg boleh membidas analogi tersebut dgn analogi kita sendiri. cth yg blh sy bw ialah ttg 'kek'. logik ke kalau kita balik dr sekolah tiba2, sebuah kek yg enak tlh siap terhidang di atas meja mkn? klu kita beranggapan tkde pencipta dlm dunia ni, mesti semua benda terjdi dgn sendiri, mcm kek ni tkde sape yg buat. scr tak sengaja, bahan2 spt. tepung, telur, isin tercampur dlm sebuah mangkuk, kemudian scr tk sengaja diadun dlm sukatan yg tepat, dan scr tak sengaja jg terus dibakar dlm oven. akhir skli, scr automatik kek tu dh siap. klau mcm tu, sng la hidup kita kan? semua benda terjd dgn sendiri. Tapi scr logiknya belum ada kes mcm tu berlaku.

satu anologi menarik yg blh sy bgi lg ialah ttg 'tukang gunting rambut'. katakan la, suatu hr anda pergi ke kedai gunting rambut, tetiba mamak tu kata dia ni atheis, tak percaya Tuhan. so, apa yg nak kita buat? diam je?... cuba kita tgk kt luar sana ada tk manusia yg kusut masai mcm tk penah mandi setahun - rambut, janggut pun tak terurus. boleh tak kita kata bhwsanya tkg gunting rambut tak wujud? mesti mamak tu bengang kan. sbnrnye, tkg gunting rambut mmg wujud tpi bila seseorg tu tk pegi gunting rambut kt kedai gunting rambut mesti la rambut dia pjg, kusut msai dan tk terurus. mcm tu jg dlm soal kewujudan Pencipta dan hamba. kalau hamba sendiri tak cari Penciptanya, mcm mna Pencipta nk bagi hidayah, petunjuk ke jln yg benar agar hidup tak melarat dan merana. pendek kata, pencipta itu mmg wujud dan pencipta yg sebenar hanyalh Allah Yg Maha Agung.

Jdi, same2 la kita memperluaskan ilmu di dada dan cuba mempraktikankannya sebaik mungkin. bak kata pepatah arab, "ilmu tanpa amal ibarat pokok rimbun tanpa buah".

Tintapenaku.

Abu Alfateh said...

Salam, ilmu yg baik akan mejaga empunya ilmu dari serangan kesesatan. Niatkan setiap bacaan kita untuk kebaikan dan pasti Allah akan sampaikan ilham (ladunni)sebagai penghadang dariapada sebarang serangan yg lebih besar. Jika kita ragu2 atau diuji, maka kembalikan persoalan itu kepada yg Maha Kuasa(berdoa) dan kepada yg alim. Doa yg baik sesama manusia adalah dengan bertanya....

ibn at-termizi said...

erm..teringat zaman muda2 dulu..kita jalan sama2 pergi borders rundle mall..lepas kelas rasanya..azmi cari buku ni..huhu..

banyak membaca, luas pengetahuan