Setiap kali berfikir tentang merdeka, saya cuba mencari-cari kaitannya dengan diri saya. Saya tahu kemerdekaan membebaskan Tanah Air nenek moyang saya daripada pemerintahan imperialis. Saya juga tahu, kesukaran dan kesungguhan mereka untuk membebaskan Tanah Air mereka. Tapi, saya masih tidak dapat mencari kaitan yang lebih signifikan selain daripada 'tahu' sedikit sebanyak tentang kemerdekaan. Salahkah saya?
Ditanya tentang merdeka
Saya pernah ditanya, "50 tahun kemerdekaan, apa yang anda faham?". Ketika itu, tiada apa-apa yang terbayang dalam kotak fikiran. Saya menjawab,
"Saya yang 20 tahun ni pun tak terfikir apa-apa makna 20 tahun tu. Macam mana saya nak fikirkan apa makna 50 tahun merdeka?"
Apa yang saya maksudkan ketika itu ialah diri saya yang lagi muda pun saya tak habis kenal dan faham, bagaimana saya nak faham sesuatu yang 30 tahun lebih tua daripada saya?
Semakin jauh
Saya cuma mampu untuk mengatakan, kemerdekaan itu tidak betul-betul bertapak dalam hati orang yang tidak pernah rasa dirinya seorang hamba. Tidak keterlaluan rasanya, untuk saya katakan, kita tidak dapat menghargai nilai kemerdekaan yang sebenarnya kerana kita tidak pernah rasa diri kita diperhambakan orang lain. Ini pandangan saya.
Lagi, melihat keadaan zaman sekarang ini, rata-rata kemerdekaan disambut dengan keseronokan semata-mata. Ini sangat-sangat merugikan. Realiti zaman sekarang ini, bukanlah masa untuk kita berseronok-seronok. Bukan masa untuk berehat-rehat. Bukan masanya untuk tidak buat kerja!
Entahlah, sukar untuk saya memberitahu apa erti sebenar kemerdekaan pada diri saya. Kemerdekaan tidak pernah dekat dalam hati ini. Malah, kemerdekaan sudah semakin jauh dan semakin tua. Lama kelamaan, anak-anak muda generasi saya ini, dan generasi-generasi seterusnya akan terus kabur dengan erti sebenar kemerdekaan.
Kemerdekaan akan semakin tua, dan akhirnya mati.
7 comments:
aiseh...
merdeka dah bosan... kat sini xdek cuti...
aku nk fikri... aku nk fikri...
argh2!!!
Firman Allah:"Ini ialah kitab(Al- quran) Kami turunkan dia kepadamu (wahai Muhammad) supaya engkau mengeluarkan umat manusia seluruhnya dari gelap gelita(kufur) kepada cahaya(iman)"-Ibrahim(1).
Merdeka adalah pembebasan diri dari perkara2 buruk yang bertentangan dengan islam,kufur(kegelapan)kepada keimanan(cahaya) yang syumul pada islam yang hakiki.Ini boleh dikaitkan dengan orang2 musyrik dan muslim(masyarakat umum).
Manakala muslim itu sendiri bukan sekadar membebaskan diri dari perkara2 yang bertentangan dengan Islam,malah membebaskan diri dari perkara2 syubhah,takut tergelincir kepada perkara2 makruh walaupun kecil apatahlagi haram..Mudah untuk mencapainya apabila kita usaha melakukan,sukar untuk mencapainya apabila kita hanya berkata2..
Inilah yang dikatakan sebenar2nya merdeka..manisnya merdeka,indahnya merdeka,tenangnya merdeka,sucinya merdeka..jom kita nikmati sama2:)
Merdeka!adakah kita hanya fokus pd rasa merdeka yang wujud dalm diri kita sahaja??...:)Apa itu merdeka?kegembiraan pada dunia?Keseronokkan??Terhindar dari penjajah??Lega kerana terasa jauh dari peperangan??Berada di zon selesa?
Menjadi hamba yang beriman kepada Allah,melakukan segala yang diperintah dan meninggalkan segala yang dilarang,meningglkan perkara2 syubhah,itu adalah kemerdekaan kita sebagai hamba,bagimana pula kemerdekaan kita sebagai pendakwah dan pemimpin kepada manusia lain??Keluarga,sahabat2 dan masyarakat?
Adakah kita sudah layak untuk melaungkan lafaz merdeka!?Jika anda rasa masih tidak menunaikan tanggungjawab2 itu,jangan lafazkan merdeka...:)Jika hati masih dijajah oleh pengaruh2 barat,selagi Islam tidak dijulang,selagi Islam tidak ditegakkan..Fikir2kanlah..
saya setuju dengan sakarutmaut dan mr.right..generasi kini tidak mengenal erti sebenar merdeka..setiap kali hari ulang tahun merdeka pasti ada sambutan yang hanya membawa kepada maksiat..konsert dan sebagainya..sedih kan..herm..
*sakaratulmaut [maaf silap taip]
saya setuju dengan ihsan_huhu
Post a Comment