Thursday, April 12

Hidup yang Bermakna atau Hidup yang Gembira?

Intro

Kita tak tahu bila kita akan mati. Nyawa ini bukan macam siang dan malam. Kita tahu bila akan malam dan kita tahu bila akan siang. Dengan pengetahuan itu, kita mudah merancang. Bangun pagi, solat subuh, bekerja, luangkan masa dengan kawan, berehat, dan tidur.

Kita tak tahu bila kita akan mati. Sebab tiada pengetahuan tentang itu, kita hidup dengan menduga-duga. Apa perlu kita buat sekarang? Apa perlu kita buat esok? Apa perlu kita buat untuk perbaiki kesilapan semalam?

Isi

Kalau kita tahu kita ada exam minggu depan, kita akan bersedia. Kita study, hafal, buat group discussion, dan macam-macam lagi. Sebab apa kita buat semua perkara tu? Sebab kita nak bersedia masa exam. Kita nak cemerlang.

Mati pun lebih kurang exam juga. Cuma, kita tak tahu bila kita akan diuji. Jika kita rujuk balik intro yang saya tulis, sebab kita tidak tahu bila kita akan mati, kita hidup dengan menduga-duga.

Bagaimana hidup yang dikatakan 'hidup dengan menduga-duga'? Hidup mereka yang menduga-duga ialah hidup yang mereka rasa baik pada akal mereka, tanpa disokong oleh pandangan Islam. Perlu kita ingat, akal kita boleh tersesat dan tertipu, tapi, Islam itu sudah pasti dan sudah lengkap. Jadi, dengan panduan Islam, hidup kita adalah hidup yang pasti, hidup yang sangat-sangat bermakna. Asas hidup kita adalah asas yang kukuh, bukan asas yang angan-angan.

Dengan itu, perlu kita ingat, tanpa panduan yang betul, hidup kita ibarat hidup tanpa hala tuju. Dengan kata lain, kita tidak akan sampai ke akhirat dengan berjaya.

Untuk jadikan hidup kita berada dalam jalan yang betul, perkara pertama perlu kita tetapkan dalam hati ialah matlamat akhir kita. Naik pangkat, dapat degree, kahwin; itu semua boleh jadi matlamat akhir kita. Tapi, itu semua hanya untuk kehidupan kita di dunia. Bagi yang yakin dengan adanya kehidupan di akhirat, matlamat akhir bukanlah pencapaian di dunia, tapi bahagia di akhirat.

Jadi, kita perlu manfaatkan setiap saat di dunia, supaya bila kita mati kita dah bersedia. Kita boleh lulus dengan cemerlang. Setiap saat kita di dunia, adalah saat yang taat kepada Allah. Saat yang ingat kepada Allah. Jadikan kehidupan kita bermakna.

Kesimpulan

1. Untuk berada pada jalan yang betul di dunia ini, kita mesti yakin bahawa kehidupan akhirat menanti kita.

2. Usahalah, agar setiap saat kita adalah saat yang bermanfaat.

Moga diberi kekuatan

4 comments:

Anak Singa said...

Benar!

nkecik said...

salam..
nak berkongsi ^_^

bagaimana kita mengukur umur kita?macam mana kita nak tahu siapa lagi tua?
adakah melalui pertambahan umur, pertambahan hari, birthday etc.?

kata seseorg, "saya berpendapat pengukuran umur kita adalah jaraknya dengan ajal kita"

jadi walaupun A menyambut birthdaynya ke-19 pd hari ini, mungkin dia lebih "tua" dr B yg berumur 21 jika dia lebih dekat dengan kematiannya

which we'll never know

jadi adakah kita gembira setiap kali hari baru bertandang?

semoga hari ini lebih baik dr semalam
semoga esok lebih baik dr hari ini

so jauhilah ayat common "alaa...bila aku dah 55 nati aku pegi laa surau"

peringatan untuk diri dan teman
^_^

ihsan_huhu said...

argh.. btol gk.. tp assignment aku submit isnin nih, kamis ade test.. apsal aku rilek2 lg? apsal?

Anak Singa said...

ihsan, dalam satu tazkirah di townhouse 13 tempoh hari, ada diberitahu:

"orang islam sifatnya bertenang"

baguslah kau bertenang. jangan gelabah. buat dengan tenang. mudah-mudahan Allah berikan kemudahan.amin