Topik yang dibentangkan ialah
- Safeguards,
- Nuclear Security,
- Safety-General, dan
- Safety-ABWR Specific.
Pembentangan daripada Associate Professor Dr. Hiroshi SAGARA daripada Tokyo Tech adalah mengagumkan. Selain daripada pengisian yang sangat bersesuaian dengan hadirin, cara penyampaiannya yang bijak dalam menggalakkan penglibatan hadirin wajar untuk diimitasi.
Pada akhir pembentangan beliau, Prof. Sagara berkongsi, "menggunakan tenaga atom untuk pembangunan ketamadunan dan menghalang tenaga atom daripada disalahgunakan" ialah motivasinya untuk terus mencurahkan idea dan tenaga dalam bidang nuclear safeguards dan nuclear security.
Pembentang daripada Hitachi-GE Nuclear Energy, Yasushi KODA-sensei pula menerangkan kaedah Probability Risk Assessment (PRA) yang digunakan untuk menilai tahap keselamatan sesebuah reaktor nuklear.
Koda-sensei juga membentangkan case study PRA yang dijalankan kepada ABWR. Ringkasnya, ABWR mempunyai tahap keselamatan yang memenuhi piawaian International Atomic Energy Agency (IAEA) untuk penjanakuasa nuklear yang akan dibina.
Seminar ini ialah siri pertama dalam Nuclear Energy Seminar Series anjuran Hitachi-GE. Semoga pelajar-pelajar daripada Universiti Tenaga Nasional dan Universiti Kebangsaan Malaysia mendapat manfaat daripada Seminar Series ini. Saya menantikan siri yang seterusnya.