Friday, October 19

Pelajar Kejuruteraan dan Stress

Pendahuluan

Ketika pulang daripada kelas Stress Analysis, tiga orang pelajar kejuruteraan berborak-borak tentang subjek yang baru mereka pelajari. Mereka baru sahaja menghabiskan subtopik Fatigue Failure Under Cyclic Stress (Kegagalan Kelesuan Akibat Tekanan yang Berkitaran???).

Terjemahan di atas bukanlah terjemahan yang formal dalam Bahasa Melayu. Mungkin terjemahan tersebut tidak memberikan kefahaman yang tepat tentang apa-apa yang dibincangkan dalam topik tersebut. Boleh jadi, terjemahan tersebut boleh diaplikasikan dalam bidang selain daripada kejuruteraan.

Berikut adalah sinopsis perbincangan mereka.

Perbicangan Lanjutan

"Weh, Apac (bukan nama sebenar atau ringkasnya, b.n.s), masa belajar tadi aku terpikir benda lain le..." kata Amzi (b.n.s).

"Apa dia? Makan? Dah lapaq sangat la tu," jawab Apac.

"Biarla dia abis cakap dulu," tegur Amap (b.n.s).

"Apa dia? Cakaplah," sambung Amap.

"Takda, mengikut apa yang diterangkan oleh Dr. Anidre (b.n.s), kalau satu 'shaft' dikenakan stress secara berulang-ulang, shaft tu akan patah, walaupun kekuatan stress tu jauh di bawah tahap yang boleh mematahkannya. Misalnya, kalau nak patahkan shaft tu dengan sekali pukul kita perlukan 100kg beban. Tapi, kita boleh patahkan shaft tu dengan 10kg kekuatan pukulan, tapi perlu dipukul sebanyak 10,000 kali," terang Amzi panjang lebar. Walaupun panjang lebar sebegitu, mudah saja difahami oleh Apac dan Amap.

"Betul la camtu. Apa masalahnya?" tanya Amap.

"Cuba ko bandingkan besi dengan manusia. Ada manusia yang hatinya berubah dengan sekali 'hentam'. Tapi, ada yang berubah dengan cara yang lebih lembut dari itu, tapi memerlukan usaha yang istiqamah."

"Lagi, dari sudut emosi pula, ada manusia yang gagal bertahan dengan tekanan yang kuat, tetapi dia boleh gagal kalau dikenakan tekanan yang sedikit, tapi berulang-ulang kali. Aku rasa, makhluk ni sifatnya sama. Besi, batang besi, manusia, dan perkara-perkara lain dalam alam ni. Semuanya memiliki persamaan. Semuanya makhluk," jelas Amzi.

"Fuh.... Aku suka cara hang pikiaq," kata Apac sambil memetik jarinya.

"Lagi, ada beza antara emosi manusia yang biasa dengan manusia yang ada ikatan dengan Allah. Hadis nabi, semua perkara yang berlaku kepada orang mukmin adalah baik. Kalau ditimpa musibah dia bersabar, kalau dia mendapat nikmat dia bersyukur. Jadi, aku rasa manusia akan diangkat darjatnya, kalau dia bersabar dengan musibah dan redha dengan cubaan Allah, kecil atau besar cubaan itu, sekali atau berulang-ulang," jelas Amzi lagi. Dia kelihatan puas hati.

"Betul tu.... Oklah, kita dah nak sampai kedai makan ni. Ko nak makan apa, Apac? soal Amap.

"Ntah, Amzi nak blanja aku..." jawab Apac.

"Alamak, aku tak bawak 'cash' la. Takpelah, aku blanja ko, tapi ko bayarkan dulu... Hehe..."

"Hehehe, bijak..." Apac ketawa, menyangka Amzi cuba melawak. TAPI, Amzi tidak melawak!!!

Penutup

Mungkin kisah di atas sukar untuk difahami oleh sesetengah pembaca. Berikut adalah beberapa pengajaran yang boleh diambil:

1. Manusia akan berubah dengan hikmah. Bersabar dalam berdakwah.

2. Makhluk adalah makhluk yang biasa andai tiada ikatan hati dengan Allah.

Moga diberi kekuatan.

5 comments:

ihsan_huhu said...

saya suka amzi, dia lebih hensem dan kacam berbancing apac dan amap..

adakah ini berkaitan dgn stress fracture? sungguh budak fizio sedang membuat bijak disini!

cyclic = berkitar

Unknown said...

best!

Masaru Higashi (東 勝る) said...

ler, macam tu ke pakcik ni bg nama kt cerita dia?
hm.. tp kan amzi.. bkn ke hati manusia ni berat die lebih kurang je setiap sorg? kalau nk kate sbb iman yg berat, boleh je kalau org beriman tup2 berubah jd sebaliknya(na'uzubillah..)
nampak cam ade kekurangan dgn analogi tu ataupn sy sendiri xphm.. sila explain dgn lbh lanjut..


(This blog does not allow anonymous comments? u didnt tell me that..aishh..)

Khairul Azmi said...

Fazli, satu perkara yang kita sama-sama kena yakin, analogi ini memang ada kekurangan.

Kedua, segala-galanya kembali kepada Allah. Dialah yang menetapkan hati, dan Dialah yang berkuasa membalikkan hati tersebut. Sebab itulah, orang yang baik pun boleh jadi sebaliknya, dan orang yang jahat, dengan tanpa apa-apa sebab yang lojik, berubah menjadi baik. Kuasa Allah mengatasi segala ke'lojik'an.

Jadi, selalu-selalulah kita berdoa, ye? Agar hati kita dijaga :).

Masaru Higashi (東 勝る) said...

roger bro..