Tuesday, January 6

Yahudi, Tenaga Nasional Berhad dan 5S

Masa sekolah menengah dulu ( tak pasti di Segamat atau di Kolej Islam Klang), adalah tazkirah tentang 'pintu-pintu' yang digunakan oleh orang-orang Yahudi untuk menjauhkan orang Islam daripada agama. 'Pintu-pintu' tu dikenalpasti juga sebagai 5S.

Sport = Tengoklah berapa ramai yang tinggal solat sebab tengok bola, main bola, dsb.

Sex = Ni toksah cerita banyak lah...

Screen = Ada banyak 'movies' yang memburukan dan memberi maklumat yang salah tentang Islam.

Smoke = Ini ada kaitan dengan rokok kot. Shisha takdek asap, kan?

Sssss = Tak ingat pulak yang lagi satu...


Tenaga Nasional Berhad pun ada 5S juga. Tapi, 5S ni baik atau tak, bolehlah pembaca-pembaca budiman nilai sendiri. :D

Sisih = memastikan tempat kerja teratur (cth: yang tak perlu, dibuang atau dialihkan)

Susun = memastikan tempat kerja kemas (cth faedah: dokumen dapat diambil dgn cepat)

Sapu = menjaga kebersihan ( setiap individu ada tanggungjwb membersih...)

Seragam= Ni tak pasti sgt... Ada kaitan dengan standard rasanya...

Sentiasa Amal = banyak prinsip tak guna kalau tak istiqomah, kan?

Pilihlah/rekalah 5S sendiri.

1 comments:

izzah said...

ssss = Tak ingat pulak yang lagi satu...


the last s = songs